IMG
appMyTC adalah sistem tempahan fasiliti yang disediakan untuk warga Jabatan Digital Negara (JDN) bagi membolehkan pengguna membuat tempahan seperti bilik mesyuarat dan bilik perbincangan. Penggunaan sistem ini akan memudahkan pengurusan penggunaan bilik mesyuarat dan bilik perbincangan di JDN.

Warga JDN yang mempunyai keperluan untuk menggunakan fasiliti yang ditawarkan perlu membuat tempahan melalui appMyTC dan kelulusan tempahan adalah secara automatik oleh sistem.

Selain itu, pengguna (penempah) juga dibenarkan membuat pembatalan tempahan melalui sistem dan pembatalan perlu dilaksanakan 1 hari sebelum tarikh tempahan dibuat.